Topik ini dibincangkan dalam Komuniti Persekutuan Belia Pusat PCS. Oleh kerana topik ini menarik sekali, saya berkeputusan untuk post kan di blog ini. semoga menjadi berkat bagi anda.
Topik yang bagus untuk dibincangkan. Menurut pengamatan saya, tidak ada satu pun liturgi gereja didunia ini yang boleh mengklaim bahawa liturgi merekalah yang paling benar. Pertanyaan saya ialah, kalaulah liturgi ini menjadi satu ukuran kepada ibadah kita, kenapa ya, Tuhan Yesus sebelum naik ke syurga tidak meninggalkan satu "Liturgi" yg menjadi panduan kepada gerejaNya? Saya pasti Tuhan akan meninggalkan satu liturgi khusus untuk jemaatNya SEKIRANYA ada keperluan disana. Nyatanya tidak. Pertanyaannya kenapa? Jawaban saya ialah liturgi itu hanyalah tools yg Tuhan pakai untuk membawa umatNya mendekat kepadaNya. Maksudnya Liturgi itu bukan inti dari ibadah atau penyembahan kita. Ini bermakna, ia tidak seperti hukum yang tidak boleh diubah. Kalau soal keselamatan, hukumnya tidak boleh diubah. Begitu juga tentang hukum kasih. Tetapi liturgi tidak seperti itu. Sebab itulah sangat lucu bila ada orang yang mati-matian mempertahankan sesuatu liturgi, tidak boleh diubah, inilah yang paling benar dan sebagainya. Tanpa orang sedar, liturgi sudah menjadi satu tradisi samada dari gereja protestant , injili, maupun khatolik. begitu juga semua denominasi yang lain. Tidak kurang juga,gara-gara liturgi, timbul banyak pertelingkahan diantara orang kristen dan mereka saling menghakimi. Bagi saya, liturgi boleh diubah, menurut kehendak Firman Tuhan dan kesesuaian jemaat maupun waktu. Pertanyaan seterusnya ialah apakah dasar atau asas kepada cara penyembahan yang dikehendaki oleh Tuhan? Sekali lagi kita harus kembali ke Alkitab. Saya akan share dua dasar yang menurut saya harus menjadi dasar kepada ibadah penyembahan orang-orang kristen.
1. Pondok Daud- Kis 15: 16-18
"Hal itu sesuai dengan ucapan-ucapan para nabi seperti tertulis: Kemudian Aku akan kembali dan membangunkan kembali pondok Daud yang telah roboh dan reruntuhannya akan kubangun kembali dan akan Kuteguhkan,supaya semua orang lain mencari Tuhan dan segala bangsa yang tidak mengenal Allah, yang kusebut milikKu. demikianlah firman Tuhan yang melakukan semuanya ini, yang telah diketahui dari sejak semula".
Apakah itu Pondok Daud?
Pondok Daud adalah suatu kemah yang dibentangkan oleh Raja Daud di Bukit Sion untuk menaruh Tabut Perjanjian Allah di dalamnya, serta menempatkan para pemuji dan penyembah di sekeliling Tabut itu yang memuji dan menyembah Allah siang dan malam. Berbeza dengan Kemah Musa, di Pondok Daud selalu ada nyanyian pujian dan penyembahan yang dinaikkan kepada Allah. Tidak ada korban binatang yang dipersembahkan, tetapi yang ada adalah korban pujian dan ucapan syukur. Didalam kemah ini juga digunakan semua peralatan muzik yg ada pada waktu itu. Bahkan Alkitab mencatat, Raja Daud membuat alat-alat muzik baru, begitu juga dengan lagu-lagu yang baru.
Pondok Daud inilah yang Tuhan mau pulihkan. Tuhan sendiri yang akan membangunnya kembali. Bukan manusia. Sebab itu, apabila pemimpin ingin menetapkan cara penyembahan dalam gereja, ia haruslah mengambil prinsip yang dipakai oleh Raja Daud. Tuhan tidak pernah mau membangun liturgi. Yang Tuhan mau bangun adalah cara penyembahan yang serupa dengan konsep pondok Daud. (saya pernah sharing ini di PCS Inanam-sepintas lalu). Kalau kita mahu jujur, kita terpaksa mengakui bahawa mana-mana gereja yang memakai konsep ini mengalami pertumbuhan yang pesat. mengapa? kerana Tuhan sudah berfirman"supaya semua orang lain mencari Tuhan". Tuhan yang menciptakan manusia, Dia jugalah yang menciptakan muzik. Tanpa muzik,kita pun dapat mendekat kepada Tuhan. Tetapi muzik sangat membantu untuk melembutkan hati manusia yang beku, ego dan sebagainya. Ada masanya, apabila saya datang beribadah, keadaan hati tidak melonjak-lonjak. Seringkali, muzik itulah yang membantu saya untuk menyembah Tuhan dengan segenap hati, bukan sekadar menghabiskan bait-bait sesebuah lagu. Dalam ibadah, lagu yang sesuai dan muzik yang diurapi selalu mendorong jemaat untuk meresponi Firman Tuhan. Tidak kurang lagu-lagu dipakai Tuhan untuk membuat seseorang bertaubat dari dosanya. Ini semua bukan kebetulan atau taktik mempermainkan emosi. Tuhan sudah berfirman dengan jelas, dia akan memakai konsep pondok Daud. Gereja di indonesia seringkali menciptakan lagu-lagu dalam ibadah penyembahan mereka- dalam suasana menyembah, dalam urapan Roh Kudus, keluarlah pujian dan pengagungan dari antara mereka dan terciptalah lagu2 baru. Sama seperti apa yang terjadi pada zaman Raja Daud. Sebab itulah lagu-lagu dari gereja Tuhan di Indonesia sangat-sangat diurapi.
Harus diingat bahawa konsep penyembahan seperti ini bukan berlaku hanya dalam ibadah ahad, atau dalam satu kumpulan tetapi juga secara individu. Malah ini lagi baik. Seseorang dapat menyembah dimana saja dia berada, sepanjang hari, tidak kira dimana pun kita berada,dan tidak perlu menunggu hari ahad untuk beribadah dan menyembah Tuhan kita. Tenyata, pondok Daud ini merupakan gambaran dari penyembahan orang-orang kristen masa ini. Penyembahan yang terus-menerus..haleluya!!
2. Dalam Roh dan kebenaran - Yoh 4: 23-24
"Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahawa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam Roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyebah demikian. Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia harus menyembah dalam Roh dan kebenaran."
Prinsip kedua yang harus dipakai sebagai dasar dari penyembahan sesuatu gereja adalh menyembah dalam Roh dan kebenaran. Menyembah dalam Roh adalah suatu penyembahan yang sangat spiritual, bukan fisikal. Bukan dengan lokasi, alat, arah atau jam tertentu, tetapi DIMANA SAJA dan BILA SAJA. Itulah menyembah dalam Roh.
Kebenaran adalah Kebenaran Kristus serta sikap hidup yang berkenan kepada BAPA dan hal itu semua sudah kita peroleh melalui Penebusan Kristus. Dengan kata lain, apapun cara kita beribadah, dimana pun kita berada, kita harus menyembah dengan hati yang tulus, dan dengan sikap hidup yang benar dan berkenan kepada Tuhan. Kerana inti penyembahan dalam pondok Daud itu bukan pada korban binatang tetapi HATI. Ertinya, sikap hati kita setiap hari menentukan benar atau tidak penyembahan kita dan bukan hanya pada hari ahad atau KKR sahaja.
Saudara semua, pada waktu kita menetapkan cara ibadah dalam gereja kita, kita jangan melakukan itu kerana terikut-ikut dengan cara gereja yang lain. Atau, kita menolak sesuatu cara atas dasar prinsip, mempertahankan tradisi gereja, trade mark gereja, atau sebagainya. Kita harus melakukannya atas dasar Firman Tuhan. Kita melakukannya kerana kita sedar itulah yang firman Tuhan ajarkan. Kita menolaknya kerana kita sedar, bukan itu yang Tuhan kehendaki. Apabila kita melakukannya, ertinya kita sedang bersama Tuhan membangunkan apa yang Tuhan inginkan. kalau tidak, ertinya kita sedang membangun sesuatu yg bukan kehendakNYA. Jangan hairan kalau orang tidak mahu datang ke gereja tertentu, dan orang ramai datang ke gereja tertentu. Tuhan sudah katakan, pondok Daud akan menarik semua orang ke dalamnya. Tidak dapat dimungkiri, pemberitaan firman Tuhan berjalan seiring dengan pelayanan penyembahan yang diurapi. Inti dalam ibadah adalah setiap orang berjumpa secara peribadi dengan Tuhan. Maksudnya bukan secara fizikal, tetapi mengalami sentuhan kasih Tuhan, mendapat kekuatan, penghiburan, jawaban atas pergumulan ataupun kesembuhan. Bayangkan jika semua orang yang beribadah mengalami kasih Tuhan. Mereka pasti tidak sabar-sabar untuk datang pada minggu hadapan, dan mereka pasti membawa teman-teman mereka. Sebab itulah ada orang berkata,"ada Tuhan disana".
Akhirnya, yang patut kita utamakan adalah apakah ibadah kita berkenan kepada Tuhan, apakah kita menyembah dalam Roh dan Kebenaran.Bagaimana pun liturgi itu, ia harus disertakan dengan sikap hati yang benar dan harus membantu jemaat untuk mengalami kasih Tuhan. Tuhan memberkati
Wednesday, March 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment