INJIL KERAJAAN SYURGA
(MATIUS 4: 17 & YOHANE 3: 3-5)
Apabila menyebut Kerajaan Syurga, ramai orang berfikir bahawa itu adalah Syurga tempat kediamannya Allah. Tetapi sebenarnya, Syurga dan Kerajaan Syurga itu adalah hal yang berbeza walaupun ia saling berkait. Mari kita pelajari perbezaan diantara kedua perkara ini.
Apakah itu SYURGA? - Syurga adalah tempat kediamannya Allah dan semua mahkluk ciptaanNYA yang berkenan tinggal bersama Allah yang bertakhta sebagai RAJA DIATAS SEGALA RAJA.
KERAJAAN SYURGA – Kerajaan Syurga/Allah adalah satu sistem pemerintahan,pentadbiran dan otoriti tetinggi dari Syurga yang diberi mandat kepada Yesus sebagai Penguasa Tunggal dan Sang Raja.
Dimanakah Kerajaan Syurga itu mahu datang dan terjadi?
Seringkali kita berfikir bahawa kerajaan syurga itu adalah di Syurga atau hanya terjadi pada masa akan datang, pada waktu Yesus kembali ke dunia buat kali kedua nanti. Tetapi Yesus berkata, “Bapa kami di Syurga, dikuduskanlah namaMU, datanglah kerajaanMU, jadilah kehendakMU dibumi seperti di Syurga”. (Mat 6: 9-10)
Yesus mahu Kerajaan Syurga itu datang dan terjadi dibumi seperti disyurga.
Yesus berkata,” Tetapi jika Aku mengusir setan dengan kuasa Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu”. (Mat 12: 28)
Ini bermakna, di mana ada orang percaya dan mengusir roh jahat/setan dengan kuasa Roh Kudus atas nama Yesus maka Kerajaan Allah sudah datang dan terjadi atas mereka.
Yesus Kristus datang ke dunia untuk memberitakan Injil Kerajaan Allah(Mat 4: 17). Ertinya, Yesus memindahkan orang berdosa dari kerajaan kegelapan/setan ke dalam Kerajaan Syurga/Kerajaan Terang.
Melalui kematian, penguburan dan kebangkitan Yesus di kayu salib, maka setiap orang percaya yang lahir baru oleh Roh dan air akan melihat dan masuk ke dalam Kerajaan Syurga di muka bumi ini.(Yoh 3: 3-5)
OTORITI KERAJAAN SYURGA
Orang percaya yang hidup dalam kerajaan Allah memiliki kuasa untuk mengusir setan dalam nama Tuhan Yesus, menyembuhkan orang sakit dan melakukan tanda-tanda hairan yang lain. (Mar 16: 16-18)
Orang-orang ini Yesus sebut sebagai “jemaatku” atau “Eklesia” iaitu satu kumpulan orang-orang percaya . Apakah “EKLESIA” itu dan mengapakah Yesus memanggil pengikutNya sebagai Eklesia? Menurut beberapa pakar Alkitab, Eklesia itu adalah suatu DEWAN atau perkumpulan orang yang dipilih dari kalangan rakyat biasa pada zaman itu untuk menjadi pendamping Raja dalam pemerintahannya. Dr. Jeff Hammond menyatakan bahawa EKLESIA adalah seperti barisan kabinet dari Kristus. Itu bermakna kita adalah Dewan Pendamping atau Kabinet Pemerintahan Kristus. Kita semua dipanggil keluar dari kerajaan kegelapan dan diberikan karunia-karunia khusus untuk menjadi ahli DEWAN atau Kabinet pemerintahan Allah dibumi ini(EKLESIA)
Orang percaya diberi otoriti untuk mengikat dan melepaskan atau menahan, menghalang kuasa alam maut atau setan untuk menguasai gereja atau komuniti orang percaya dan sekitarnya. (Mat 16: 19) Ertinya, orang-orang percaya diberi kemampuan dalam kerajaan Allah untuk melepaskan berkat, sukacita, damai dan kesejahteraan bagi kota. Maksudnya,mereka dapat menjadi sumber atau agen transformasi/perubahan.
NILAI-NILAI DAN PRINSIP KERAJAAN ALLAH
Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman tetapi soal Kebenaran, damai sejahtera dan sukacita dalam Roh Kudus. (Roma 14: 17).Makanan, minuman dan pakaian adalah keperluan asas kehidupan manusia tetapi bukan soal yang utama dalam kerajaan Allah. Semua itu akan ditambahkan apabila orang percaya mencari dahulu Kerajaan dan kebenaranNYA.
Carilah dahulu Kerajaan /pemerintahan Allah dalam hidup kita dengan menjadikan Yesus sebagai Raja dan PenguasaTunggal (satu-satunya) dalam kehidupan kita setiap hari(24jam sehari-Lukas 9: 23). Mengikuti Yesus, menyangkal diri, memikul salib dan mengakui Yesus dalam setiap tindakan dan perbuatan kita.
Jadilah kehendakMU dibumi iaitu di setiap aspek kehidupan kita dan bukan kehendak kita yang menjadi focus dalam setiap tindakan kita.(Mat 6: 9-10)
Paulus berkata,”namun aku hidup tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku”. Galatia 2: 20. Ertinya, orang yang hidup dalam kerajaan Allah memiliki nilai-nilai dan dasar yang kuat dalam Kristus, iaitu Sang Raja yang memerintah.
Cari dahulu kebenaranNYA – Mengapakah kita harus mencari kebenaranNYA?
Kita haruslah mencari dahulu kebenaranNYA kerana kebenaranNYA itulah yang memerdekan kita.(Yoh 8:32). Apabila kita dimerdekakan dan dibebaskan oleh belenggu dosa, kepahitan, luka-luka batin dan ikatan kuasa setan, maka hati kita akan memiliki damai dan sukacita dalam Roh Kudus(Roma 14:17). Oleh itu, orang yang hidup di dalam kerajaan Syurga haruslah memiliki hati yang benar bahkan lebih benar dari hidup keagamaan orang Farisi dan ahli-ahli Taurat(Mat 5: 20) supya kita dapat masuk ke dalam kerajaan Syurga.
Orang percaya yang hidup dalam kerajaan Allah tidak berzinah dalam fikiran, tidak membunuh dalam hati, tidak bersumpah palsu, tidak munafik dan tidak marah-marah kerana mereka memiliki hati yang benar.
KERAJAAN ALLAH TERJADI MELALUI PEMERINTAH.(RO MA 13: 1-5)
Kerajaan Allah juga terjadi melalui pemerintah di sesebuah Negara. Allahlah yang mengangkat dan menetapkan pemerintah dan penguasa di bumi ini sebagai pentadbir atau pengurus dan menjalankan pengadilan dan sistem kehidupan. Oleh itu, semua orang percaya yang hidup dalam kerajaan Allah wajib tunduk dan hormat kepada pemerintah, Raja, undang-undang dan penguatkuasa. Contoh:- membayar cukai dan sebagainya
VISI KERAJAAN ALLAH (Kol 3: 19-23, Mat 6: 9-10)
Visi kerajaan Allah mencakupi semua bidang dan aspek kehidupan kita. Kehendak Tuhan mahu terjadi dibumi seperti di syurga.
Sebagai orang percaya, kita harus terlibat memberi impak dan mewarnai komuniti kita, kota kita dengan nilai-nilai kerajaan Allah.
Orang percaya juga harus memberi impak kepada dunia politik, ekonomi, pendidikan, keluarga, kerohanian, sukan, hiburan serta sains dan teknologi supaya semua manusia di dalamnya diperdamaikan dengan Allah dan menghidupi nilai-nilai kerajaan Allah.
Kita dipanggil bukan hanya untuk hidup dalam kerajaan Allah tetapi memerintah bersama Allah dalam kerajaanNYA
Oleh itu,bawalah orang-orang disekitar anda untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah dan hidup sesuai dengan nilai-nilai KerajanNYA dan bukan sekadar menjadi pengikut “AGAMA” dan tradisi.
Sekian dan Tuhan memberkati.
SALAM KEGERAKAN KERAJAAN ALLAH
Pastor Kenny Tham
Gembala SIBKL LAKE CITY
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tuan..
avantang itit blog nu...
amu tantu afaham ku it penjelasan nu. kuran ka dilo oi ong varo ot analogi. contoh: Syurga = Malaysia; Kerajaan Syurga = Kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh PM dan kabinet. baiko contoh iti...amu elaan kudot nokontok ko amu...?
Torimakasih komen nu...saya setuju tapi okonkoh yoku ot minonurat. e pastor ku. timan ku mongedit..
Post a Comment