Salam sejahtera buat pengunjung blog ini. Saya ucapkan selamat datang, semoga anda diberkati Tuhan melalui tulisan yang sederhana ini.
Segala pujian dan ucapan syukur saya kepada Tuhan Yesus Kristus kerana dengan anugerahNya, saya dapat menyiapkan blog ini pada waktunya. Walaupun blog ini sangat sederhana, tetapi saya berharap agar ianya dapat memuliakan Tuhan Yesus dan menjadi berkat kepada semua yang mengunjunginya kerana itulah tujuannya blog ini dibuat. Segala kemuliaan dan hormat hanya bagi DIA, Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus.
Ucapan terimakasih juga harus saya berikan kepada laman web GPCS dan forumer di sana seperti Ps. Daniel, pak pendeta, nell, aryst, momogun, justinn, barns, tuan admin, noy, ps. Agape dan semua yg tidak dapat saya sebut. Oleh kerana anda semualah, saya mendapat visi untuk membuat blog saya sendiri. Anda memberikan saya inspirasi maka lahirlah blog yang saya namakan “KINGDOMHEAVEN”. Sekali lagi saya ucapkan terimakasih walaupun ramai diantara kalian yang tidak pernah saya jumpa, namun kasih Tuhan yang bekerja dalam hati kita tidak dapat dibatasi oleh jarak,masa dan keadaan.
Tidak lupa juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih buat bro. Mervin yang selalu siap untuk membantu dan mengajar saya untuk “create “kan blog ini sehinggalah siap. Terimakasih buat bro..tidak lupa juga kepada nana, bantuan anda yang sedikit itu amat saya hargai. Terlebih juga kepada gereja local saya , SIBKL LAKE CITY yang telah mendidik saya sejak tahun 1995 sampailah sekarang. Gereja inilah yang telah membentuk saya untuk mengenal Tuhan secara peribadi. Terimakasih untuk pastor Kenny yang sudi untuk memberikan artikel yang pertama, sebagai tanda hormat saya kepada anda. Sangat senang melayani Tuhan bersama-sama dengan pastor. Tidak lupa juga kepada isteri saya yang setia menyokong dan memahami kesibukan saya yang makin bertambah.
Saya sengaja melancarkan blog ini pada hari ini, iaitu 12-12-2008 kerana saya mendapat inspirasi dari nell yang telah melancarkan blognya pada hari lahirnya. Saya pun melancarkan blog ini pada hari lahir saya sebagai persembahan buat Tuhan Yesus Kristus yang telah mengubah hidup saya bahkan memberkati saya dengan berkat2 yang begitu banyak. Harapan saya supaya ramai orang yang akan diberkati dan diubah hidup mereka melalui perkongsian secara maya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dari anda semua supaya blog ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap komen anda akan saya beri perhatian.
Mengapa saya namakan blog ini KINGDOMHEAVEN? Bagi jemaat SIBKL, mereka lebih mengerti akan perkara ini kerana mereka telah diberikan pengajaran yang sistematik tentang hal ini. Tetapi ada ramai orang percaya yang masih belum mengerti sepenuhnya apa itu kerajaan Syurga yang Yesus beritakan. Saya juga melalui pengalaman yang sama sehinggalah kebenaran ini dibukakan. Oleh itu saya rindu agar lebih ramai orang Kristen yang akan mengerti apa itu Kerajaan Syurga yang diberitakan oleh Yesus. Selama ini, orang Kristen lebih tertumpu kepada injil keselamatan. Tetapi pada hakikatnya, injil keselamatan hanya disebut satu kali sahaja dalam perjanjian baru(Efesus 1: 13). Injil keselamatan itu tidak salah tetapi ianya tidak lengkap kerana INJIL yang Yesus beritakan itu, yang menurut Yesus sudah dekat itu adalah INJIL KERAJAAN SYURGA. Di dalam injil Kerajaan Syurga itu ada berita tentang keselamatan yang kekal bagi setiap orang yang percaya kepada Yesus. Tetapi Injil Kerajaan Syurga itu bukan setakat keselamatan kekal tetapi ada lagi lain-lain berkat yang Tuhan sediakan bagi setiap orang percaya.
Sebab itu, saya berharap agar blog ini akan dipakai Tuhan untuk membukakan kebenaran ini supaya setiap orang percaya dapat memahami betapa besarnya berkat apabila kita hidup dalam kerajaan Syurga di bumi ini kerana kerajaan syurga yang Yesus maksudkan itu bukannya kerajaan yang akan datang nanti tetapi kerajaan itu sudah datang ke dunia ini. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa dia sedang hidup didalam Kerajaan Syurga pada waktu ini. Saya berdoa agar melalui blog ini, ramai orang akan dibawa masuk ke dalam kerajaan Syurga dan menikmati janji-janji Tuhan. Amen! Saya akan berusaha untuk meneruskan posting yang berkaitan dengan Kerajaan Syurga/Allah dan tentu saja lain-lain topic yang memuliakan Tuhan. Haleluya! Segala pujian, hormat dan kemuliaan hanya bagi Yesus.
Sekian dan Tuhan memberkati.
Salam kasih dalam nama Tuhan Yesus
jhans
Thursday, December 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
shalom bro, selamat datang ke era blogging...
sy menunggu tulisan bro untuk ke hadapan...
Terus antusias melayani Tuhan..
GBU
thanks for your support renny...God Bless..
Hee... Ba, bro baguslah kau pun dah ada blog sendiri. Semoga dengan bertambahnya laman2 blog Kristian akan menyediakan platform pelayanan yang lebih luas, khususnya di negara kita ini. Begitulah visi saya juga ketika mula membuat laman blog gereja maya.
Blog2 seperti ini sekurang2nya ada 3 tujuan dan implikasi; 1. Membangun orang2 Kristian lain, 2. Memenangkan jiwa melalui pelayanan maya, 3. Untuk kepuasan dan membangun diri sendiri.
Kirim salam kepada Ps. Kenny sekeluarga, semua kawan2 lain dan jemaat di SIB Lake City (SIB KL) dan gereja2 SIB setempat yang lain. Tuhan memberkati kita semua.
-Bro. Nell-
Tahniah atas pembinaan blog ini...terus bergiat untuk Tuhan...Immanuel!
thank you nell & aryst for ur support. puji Tuhan kamurang buat itu gpcs..hee..hee..nell, feedjit tu aku ambil dari blog ko. mari kita terus melayani melalui pelayanan maya ini agar lebih ramai orang yg ikut Tuhan seperti kata nell ini.
jhans
hai bro..sori ya..yang ini terkeluar tajuk sekejap..by the way, ingat ka ahad yang lepas(kelas SPK di serdang,semalam)..sy ada share sama bro tentang baptisan kan...hari ni sy terbaca ulasan bro dalam web PCS...thanks bro..sy scara pribadi diberkati..bersetuju...sy percaya Tuhan sedang mempersiapkan bro untuk sesuatu yang besar...sy share kata2 ini dari seorang sahabat saya...dia katakan begini (sama saya satu ketika yang dulu).."God has a big plan you...Tuhan mau kamu menang dalam setiap perkara..kuncinya..to have a teachable heart and a right response".
Tuhan memberkati..
hai renny...mula dulu saya tak pasti ko ni kakak lenny...thanks for the dorongan kamu...i will keep it. doakan saya kerana saya ada beban yg besar buat bangsa kita..dan supaya saya ada kerendahan hati selalu dan selalu ingin belajar....nanti kita akan sama-sama melayani bangsa kita..amen!!
"kerana kerajaan syurga yang Yesus maksudkan itu bukannya kerajaan yang akan datang nanti tetapi kerajaan itu sudah datang ke dunia ini. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa dia sedang hidup didalam Kerajaan Syurga pada waktu ini" HARAP DAPAT DIJELASKAN DGN MUDAH..KURANG RETORIK. PENGAJARAN TENTANG SURGA PUNYA BANYAK KONOTASI. TQ
Post a Comment