Saturday, January 17, 2009

TABLE GLASS TOP

Kira-kira lebih setahun yang lalu,”Table Glass Top” di salah satu bilik di hotel tempat saya bekerja telah pecah. Oleh kerana masa yang diambil untuk glass top yang baru agak lama, saya telah memesan sebanyak 3 buah. Satu untuk menggantikan yang sudah pecah dan dua lagi sebagi “spare”. Tidal lama selepas itu, sebuah lagi glass top pecah. Sayang seribu kali sayang. Apabila saya menggantikannya dengan spare yang saya ada, ternyata saiznya tidak sama. Kurang 10mm tetapi tentu saja tidak boleh digunakan. Terpaksalah saya membeli yang baru. Selain dari itu, kenalah menjawab kepada boss, mengapa memesan benda yang mahal tapi akhirnya tidak boleh digunakan sedangkan harganya beberapa ratus ringgit. Dua lagi. Saya berharap, jika ada yang pecah lagi, ianya boleh digunakan. Setelah itu, kejadian glass top pecah berulang sebanyak 3 kali tetapi tiada satu pun yang sama saiz dengan spare yang saya ada. Saya juga dilarang untuk membeli spare memandangkan saiz meja yang tidak sama. Memang saya sangat kesal kerana hal tersebut. Satu kelalaian dan pembaziran. Masa berlalu dan saya pun tidak ingat lagi kepada glass top tersebut.

Pada Krismas tahun lalu, saya telah bercuti selama seminggu. Sewaktu saya bercuti, sebuah lagi glass top pecah. Apabila saya kembali bekerja, saya lihat dalam minit mesyuarat yang glass top sudah ditempah. Makanya dengan yakin saya pun menuggu ianya sampai. Boss saya bercuti pada awal tahun. Kami semua berusaha untuk menyelesaikan semua kerja dan masalah sebelum ia balik. Motto kami yang pertama adalah “FAST”. 3 hari sebelum ia balik, bahagian purchasing tiba-tiba memaklumkan kepada saya bahawa sebenarnya glass tersebut belum ditempah. Berlaku satu salah faham. Saya sangat terkejut dan menjadi risau. Kecut juga perut. Satu lagi kelalaian dan kesilapan yang harus dijawab dan dipertanggungjawabkan. Apa yang dapat dilakukan selain berdoa.
Dalam keadaan yang agak kecewa, tiba-tiba saya teringat kepada spare yang lama . Dalam keadaan itu, saya sempat juga berdoa supaya ianya sepadan. Lalu saya sendiri mengukur saiz meja tersebut. Kemudian saya mengeluarkan glass top yang sudah lebih setahun tersimpan di store dan mengukurnya dengan penuh harapan. Saya percaya anda dapat menduga hasilnya. Saiz meja dan glassnya pass!!Sama!! Akhirnya glass top tersebut menemukan pasangannya yang tepat. Pada waktu yang tidak disangka tetapi tepat.

Sebagai orang percaya, yang saya ingat pertama kali adalah Bapa disyurga. Lalu saya mengucap syukur. Saya tahu itu pertolongan Tuhan. Mungkin anda sukar membayangkan kesulitan yang saya hadapi kecuali anda berada ditempat saya. Bagi saya, itu sesuatu yang luarbiasa. Saya teringat reaksi saya dahulu, penuh penyesalan, merungut tetapi sekarang, jika hal itu tidak terjadi, saya tidak akan dapat mengatasi persoalan tersebut. Tiba-tiba membersit dalam fikiran saya Firman Tuhan di
ROMA 8: 28 - “Kita tahu sekarang, bahawa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.”
Beberapa waktu kemudian Tuhan mengingatkan juga FirmanNya di Yesaya 65 : 24
“ Maka sebelum mereka memanggil, aku sudah menjawabnya, ketika mereka sedang berbicara,Aku sudah mendengarkannya.”

Pengalaman ini merupakan suatu pengalaman yang begitu indah bagi saya. Mengalami kebenaran Firman Tuhan merupakan sesuatu yang sangat bermakna. Kita bukan hanya membaca Firman Tuhan tetapi kita mengalaminya sendiri. Sebab itu saya ingin sangat untuk mengongsikan apa yang saya pelajari melalui pengalaman saya ini. Ada dua hal penting yang saya pelajari.

1.Roma 8: 28 – TUHAN BEKERJA DALAM SEGALA SESUATU UNTUK KEBAIKAN KITA.

Segala sesuatu bererti tiada satu pun yang terkecuali. Pada waktu kita melakukan kesilapan, kesalahan atau dosa, DIA mampu mengubah situasi tersebut untuk membawa kebaikan dan berkat kepada kita. Tetapi dengan syarat, kita adalah orang-orang yang mengasihi DIA. Orang yang berharap padaNya selalu. Orang yang tidak kecewa dan meninggalkan Dia. Mengapa ini hanya terjadi kepada orang-orang yang mengasihi Tuhan? Kerana orang yang tidak mengasihi Tuhan ertinya sedang melawan Tuhan. Sedang memberontak. Ramai orang yang makin hanyut dalam dosanya atau menanggung akibat dari perbuatannya kerana mereka tidak bertaubat. Mereka tidak kembali kepada Tuhan. Mereka tidak mengasihi Tuhan. Akibatnya, hidup mereka menderita dan tidak pernah mengalami janji-janji Tuhan dalam FirmanNya.

Saudara/i, jika anda mengalami hal-hal yang tidak baik, tidak menguntungkan engkau, bersyukurlah dan serahkanlah semua itu kepada Tuhan dan peganglah Firman ini. Seringkali kita marah, merungut, menyalahkan orang lain bahkan Tuhan juga kita persalahkan apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak sesuai dengan keinginan kita atau merugikan kita. Kita selalu memberikan respon yang salah dan menyimpang dari Firman Tuhan. Kita begitu sukar untuk mengucap syukur dalam keadaan yang sukar. Tetapi melalui pengalaman yang saya kongsikan ini, saya katakan sungguh Firman Tuhan tu hidup. Ada banyak perkara yang kita tidak mengerti kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.sebab itu percayakanlah Tuhan dalam segala sesuatu kerana Dia mengetahui masa depanmu. Biarlah Tuhan mengubah situasimu menjadi indah pada waktuNYA.
2. Yesaya 65 : 24 – TUHAN TAHU KEPERLUAN KITA BAHKAN KEPERLUAN KITA DI MASA DEPAN.
Dia menyediakan jawaban doa bagi kita bahkan untuk doa yang belum kita ucapkan. Sebelum saya berdoa meminta pertolongan pada hari itu, ternyata Tuhan sudah menyediakan jawabanNya lebih awal, setahun lebih awal. Saya tidak pernah membayangkan untuk menghadapi situasi seperti itu tapi Tuhan tau dan DIA sudah menyediakan pertolongan walaupun pada awalnya saya anggap perkara itu satu kesilapan yang besar. Sungguh ajaib Tuhan kita. Saya mahu bagitau anda bahawa tiada satu pun Firman dalam Alkitab itu yang Cuma omong kosong. Semuanya benar. Sebab itu jangan ada yang meragukan Firman. Jika saat ini anda belum menerima jawaban doamu, mungkin waktunya belum tiba. Saat Tuhan itu indah pada waktunya. Tidak terlambat dan tidak terlalu cepat. Masalahnya adalah kita. Kita menuntut Tuhan mengikuti rencana dan kemahuan kita. Kitalah yang sepatutnya mengikuti rencanaNya. Yesaya 55: 8-9
“Sebab rancangan-KU bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-KU,demikianlah Firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi,demikianlah tingginya jalan-KU dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu.”

Saudara/i yang dikasihi, marilah kita sama-sama mempelajari kedua hal ini. Ingatlah bahawa Tuhan masih tetap bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mengasihiNYA. Sebab itu, kasihilah DIA dengan segenap hatimu, jiwamu dan akal budimu. Janganlah jemu-jemu berdoa kerana pasti Tuhan sudah menyediakan jawaban bagi doamu. Sesungguhnya, sebelum kita memanggil DIA sudah menjawab,ketika kita sedang berbicara kepadaNYA, DIA sudah mendengarnya. Sesungguhnya tiada Tuhan seperti Tuhan kita dan saya merasa sangat bangga dengan Tuhan Yesus. Segala kemuliaan hanya bagi DIA yang layak menerima pujian, hormat dan kuasa. Terpujilah Dia untuk selama-lamanya. Amen.

Sekian dan Tuhan memberkati.

2 comments:

Anonymous said...

bah brother ; maksudnya itu juga bagi kondisi saya dan lain-lain yang masih bujang dan mencari kehendak Ilahi dalam hidup adalah menunggu pasangan kami yang sepadan kan -bah aku endak tau udah tempah ke belum dan berapa kena tempah?? Thanks dlm panjang2 cerita tu terselit mesej yang indah. God bless brother juhan & sister kelly ya(secocok gitu)

Norin AJ Lumungking said...

Hi Bro,

What a timely entry, saya percaya bukan kebetulan. saya diberkati dan iman saya dikuatkan...

GBU richly!