Saturday, March 14, 2009

THE DA VINCI CODE-MEMISAHKAN FAKTA DARIPADA CERITA REKAAN

THE DA VINCI CODE – MEMISAHKAN FAKTA DARIPADA CERITA REKAAN

Setelah THE DA VINCI CODE karangan Dan Brown diterbitkan pada Mac 2003, ia segera tersenarai dalam buku terlaris THE NEW YORK TIMES. Setahun kemudian, buku ini diistiharkan sebagai buku terlaris di 100 buah Negara, sementara Doubleday, penerbit buku itu menyebutnya sebagai “novel yang paling banyak dijual.”
Mengapa buku ini sangat diminati? Penulisnya mendakwa Berjaya memeberi suatu teori fiksyen menganai persubahatan berdasarkan fakta dan mengandaikan bahawa “bukti saintifik menunjukkan bahawa Perjanjian Baru itu adalah kesaksian palsu” (hal 341).
Oleh sebab gabungan “bacaan yang baik” dan sejarah yang buruk tidak berbaloi dibela dengan mati-matian, maka kami telah meminta editor penyelidik RBC, Dennis Fisher, untuk membantu kami mengasingkan fakta daripada cerita rekaan. MARTIN R. DE HAAN II


“TOLONG, TOLONGLAH SAYA!”

E-mel sampai ke pejabat dengan nada terdesak. Inilah yang tertulis: Kepada RBC, saya tidak tahu kepada siapa lagi untuk meminta tolong. Saya berdoa kepada Tuhan agar anda boleh menolong saya. Saya mula membaca buku yang ditulis oleh Dan Brown berjudul THE DA VINCI CODE. Buku itu sangat menarik sehinggalah saya sampai kepada bahagian yang menceritakan tentang permulaan agama Kristian. Penulis mengatakan bahawa agama ini tidak benar, dan pada dasarnya agama Kristian itu merupakan suatu pembohongan dan dicuri daripada agama kafir. Pertubuhan-pertubuhan rahsia, HOLY GRAIL, gereja yang mengubah fakta, dan membuang beberapa bahagian Alkitab. Adakah semua itu benar?
Banyak bahagian cerita ini masuk akal. Ada beberapa perkara yang pernah saya dengar tetapi saya tidak menghiraukannya. Tetapi sekarang saya harus tahu. Adakah selama 25+ tahun saya menjadi kristian suatu pembohongan belaka? Adakah Yesus hanya manusia belaka? Adakah Dia berkhawin dengan Maria Magdalena? Adakah segala perkara yang saya percayai sejak kecil adalah direka semata-mata kerana wang? Saya harus tahu.
Saya tidak tahu kepada siapa lagi untuk meminta tolong. Sekarang saya meragui kewujudan syurga, Tuhan dan Yesus. Tolong, demi nama Tuhan, tolonglah saya. Saya hancur hati, bingung dan masih menangis.
Tindakbalas orang ini tidak menghairankan. Buku THE DA VINCI CODE mempunyai jalan cerita yang menyukarkan pembaca mengetahui dimana kebenaran bermula dan berakhir. Walaupun buku itu ditulis sebagai novel, misteri pembunuhan yang bersubahat ini dikatakan berdasarkan fakta sejarah yang dikaji dengan baik- fakta yang bercanggah dengan sejarah agama kristian.

APAKAH KEBENARAN ITU?

Novel THE DA VINCI CODE oleh Dan Brown bermula dengan pembunuhan Jacques Sauniere, curator Muzium Louvre di Paris. Waktu hamper meninggal, Jacques mendengar pembunuhnya berkata, “ selepas awak tiada, hanya aku seorang yang tahu kebenaran itu.” KEBENARAN ITU.Pada saat itu, quarto menyedari kengerian sebenar keadaan masa itu. Jika aku mati, kebenaran itu akan hilang selama-lamanya (hal. 4) Dengan sebiji peluru terbenam di dalam perutnya, curator dicengkam oleh ketakutan yang lebih besar dari kematiannya sendiri. Aku mesti menurunkan rahsia ini....Dia ingat akan generasi-generasi yang hidup sebelum mereka....tentang misi yang diamanahkan kepada mereka semua. Suatu rentetan pengetahuan yang tidak terputus. Tiba-tiba sekarang, meskipun ada langkah beringat-ingat...walaupun ada langkah keselamatan....hanya Jacques Sauniere seorang yang tinggal sebagai penghubung, satu-satunya penjaga rahsia paling berkuasa yang pernah disimpan. Dengan gementar, dia memaksa dirinya untuk berdiri. Aku mesti mencari jalan...(hal 5).

2 comments:

The Momogun said...

Da vinci code hanyalah sebuah novel yang di gunakan oleh seorang penulis yang tahu sasaran bagi dirinya sendiri untuk mendapatkan pendapatan kewangan yang besar....

malang sekali sebuah novel semata-mata telah mengaburi kebenaran. jutaan manusia membuang masa dengan novel tersebut tetapi novel tetaplah sebuah novel dan tidak lebih dari sebuah novel.

malang sekali kerana penulis novel ini sudah mengambil kesempatan terhadap wang mereka yang tersasul mengambil novel tersebut sebagai satu kebenaran.

hakikatnya sebuah novel tidak lebih dari novel.

ALI ROHMAN said...

ada baiknya jika kita mencari referensi lain mengenai apa yang dikatakan "fakta" dalam novel tersebut.